Sasaran peserta bagi program ini terdiri daripada golongan pelajar sekolah di mana mereka diberi pendedahan dan tunjuk ajar mengenai pokok selain kemahiran penjagaan dan pembiakan pokok serta kesenian landskap. Sebanyak 15 buah sekolah telah dipilih yang terdiri daripada sekolah-sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan iaitu murid-murid Darjah 4 dan 5 (Tahap 2) dan terhad kepada 4 orang murid bagi setiap sekolah. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk memupuk nilai-nilai dalam mencintai dan menghargai alam sekitar.
Program dilancarkan oleh Encik Mohd Tahir bin Man, Pengarah Jabatan Taman dan Rekreasi |
pelajar-pelajar diberi pengetahuan dan kemahiran mengenai pokok, penjagaan pokok dan pembiakan pokok.
Aktiviti menanam pokok yang disertai oleh pelaja-pelajar sekolah
Gambar kenangan bersama pelajar-pelajar sekolah yang menyertai
No comments:
Post a Comment