LOCAL AGENDA 21 SHAH ALAM

Tuesday, 9 July 2013

PELAKSANAAN LA21 SHAH ALAM


Semenjak Agenda 21 diperkenalkan pada bulan Jun 1992 di Rio De Janeiro, Brazil dan dipilih oleh kerajaan Negeri Selangor sebagai perintis kepada pelaksaan pembangunan Agenda 21 Tempatan pada 5hb. Jun 2000, Majlis Bandaraya Shah Alam telah menjadikan nilai-nilai pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal.

Majlis mempunyai kesungguhan dan komitmen untuk pastikan Agenda 21 Shah Alam berjaya mencapai matlamat sebagai sebuah bandaraya mampan sehubungan dengan itu. Majlis menetapkan wawasan dan logo seperti berikut : 



"Menjadikan Shah Alam Sebuah Bandaraya Bestari Yang Indah, Berdaya Maju dan Harmonis Dengan Alam Sekitar Ke Arah Mewujudkan Masyarakat Madani Melalui
 Nilai-nilai Pembangunan Mampan"

Majlis telah memilih 3 unsur utama pembangunan iaitu unsur sosial, alam sekitar dan ekonomi. Pembangunan yang seimbang terhadap ketiga-tiga  unsur asas ini sangat peting bagi memastikan aktiviti pembangunan yang dijalankan pada masa hadapan tidak akan meninggalkan implikasi buruk terhadap generasi baru yang akan datang.










No comments:

Post a Comment