LOCAL AGENDA 21 SHAH ALAM

Thursday, 25 July 2013

PEMBERIAN TOPI KELEDAR (HELMET)


Program Pemberian Topi Keledar (helmet) secara percuma ini adalah kerjasama pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan SIRIM QAS yang diadakan di Seksyen 7 (hadapan UNISEL). Ini adalah bertujuan  untuk mendidik masyarakat khususnya penunggang motosikal agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan apabila berada di jalanraya. Kempen ini juga menjurus ke arah memupuk kesedaran kepada penunggang motosikal agar menggunakan topi keledar yang telah disahkan selamat mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak SIRIM dan pemakaian topi keledar yang betul.




Dato’ Mohd. Jaafar Mohd. Atan,  Datuk Bandar Shah Alam turut serta 
mengedarkan topi keledar kepada para penunggang motosikal


















Datuk Bandar, Dato' Hj. Mohd Jaafar bin Hj. Mohd Atan dan Timbalan Datuk Bandar 
bergambar kenangan bersama pihak SIRIM, PDRM dan Ahli Majlis.

No comments:

Post a Comment